Karlie Allen sedang menyiapkan makan malam bersama keluarga apabila saudara lelakinya melihat katak itu di dalam peket salad organik jenama Simple Truth yang dibeli di sebuah kedai Pick ‘N Save.

Pada awalnya, Karlie menyangka saudara lelakinya hanya bergurau tetapi dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam katak tersebut.

“Saya terfikir bagaimana haiwan itu boleh berada di dalam peket salad? dan kedua, ia benar-benar menjijikkan,” katanya.

Mereka merancang memulangkan salad berkenaan berserta katak itu pada keesokan harinya tetapi reptilia tersebut melarikan diri pada malam hari.

Sementara itu, Simple Truth memohon maaf kepada Karlie menerusi Twitter, manakala syarikat induk Pick ‘N Save, Roundy’s pula berkata kepada stesen televisyen tempatan, WTMJ: “Situasi ini berlaku dari semasa ke semasa membabitkan produk organik.

Barangan organik yang mendapat persijilan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) perlu bebas daripada racun makhluk perosak tertentu dan bahan tambahan sintetik.

Walaupun jarang berlaku, serangga dan haiwan kecil lain seperti katak, dari semasa ke semasa, memasuki bungkusan barang segar,”. – Agensi