Dinamakan sebagai Bolt: Ultimate Sea Coaster, permainan roller-coaster elektrik pertama di laut itu memiliki kepanjangan 244 meter (m) dan penumpang boleh meluncur selaju 64 kilometer sejam.

Permainan itu akan dipasang di atas Mardi Gras iaitu kapal terbesar dalam pemilikan Carnival Cruise Line. Paras ketinggian roller-coaster itu adalah 60m dari aras laut.

Syarikat Maurer Rides di Munich, Jerman dipilih untuk melakukan kerja-kerja pembinaan roller-coaster itu yang membolehkan dua orang menaikinya pada satu-satu masa.

Kapal Mardi Gras bersama roller-coaster itu dijangka siap pada tahun 2022. – Agensi