Kapal Sea-Kit sepanjang 12 meter itu berlayar ke Orstend, Belgium tanpa kehadiran manusia dan berjaya menghantar sebanyak 5 kilogram tiram. Selepas berlabuh di situ, kapal itu berlayar pulang dengan membawa bir Belgium ke England.

Kenderaan itu menggunakan teknologi gajet Myriad dengan suapan data ke bilik kawalan di Maldon, Essex. Dua pekerja pengendali berjaya menyempurnakan pelayaran yang mengambil masa selama 22 jam.

Sea-Kit mampu mencapai kelajuan sehingga empat knot (7.4 kilometer sejam) dan membawa kapasiti muatan maksimum 2.5 tan.

Kapal itu dilengkapi beberapa kamera, radar, mikrofon, pengimejan termal serta disokong dengan sistem panduan automatik bagi tujuan keselamatannya dan kapal-kapal lain.

Jurumudi kawalan jauh menggunakan sistem Pengawasan Situasi Global untuk mendapat data daripada Sistem Kedudukan Sejagat pelayaran dan radar.

“Pelayaran ini memakan masa berbulan-bulan untuk disempurnakan dan kejayaan ini adalah menakjubkan,” kata wakil syarikat SEA-KIT International Ltd., Ben Simpson. - Agensi