Identiti kapal nelayan itu masih gagal dikenal pasti sehingga kini walaupun sebahagian badan kapal berkenaan memaparkan sejumlah perkataan dalam bahasa Jepun.

Bahagian dalaman kapal itu dipenuhi sejenis hidupan laut bernilai iaitu teritip leher angsa yang dikatakan boleh dijadikan menu makan malam pada harga AS$120 (RM490) sepinggan.

Pakar daripada Agensi Kajian Geologi Britain, Profesor David Tappin berpendapat, bangkai kapal itu terperangkap dalam arus Kuroshio di perairan timur Jepun selepas kejadian tsunami sebelum hanyut ke Hawaii.

Selepas itu, bangkai kapal berkenaan mengambil masa antara satu tahun hingga 14 bulan untuk hanyut ke perairan utara AS sebelum terperangkap di kawasan pusaran arus Great Pacific Garbage Patch yang dikatakan memiliki saiz lebih besar daripada bandar Texas.

Menurut laporan, bangkai kapal itu akan dilupuskan pihak berkuasa Oregon selepas mengeluarkan arahan memindahkannya pada minggu lalu. – Agensi