Riley Dashwood, 9, dengan bantuan ibu bapanya menggunakan pelbagai barangan keperluan di rumah termasuk sayur dan makanan untuk mencipta busana yang kelihatan amat melucukan.

Sekeping gambar yang dikongsi di Instagram menunjukkan pelajar sekolah itu berpakaian penyanyi Nicki Minaj tetapi menggunakan salad, brokoli dan kubis bunga sebagai aksesori palsu.

“Ini merupakan projek keluarga, kami rasa ia kelakar jika dilakukan secara bersama. Kami mula memuat naik di Instagram tahun lalu,” ujar Dashwood kepada portal BoredPanda.

Dia kini mempunyai seramai 100,000 pengikut di Instagram. – Agensi