Lola House, 10, bersama bapa, Gary, 38, berkhemah di puncak gunung ketiga iaitu Snowdon pada ketinggian lebih 914 meter sebelum memulakan maraton pendakian. Lola merupakan seorang pelajar di Sekolah Junior Tambot Heath di Dorset, Britain,

Cuaca ribut petir pada hari kedua hampir mematahkan semangat Gary untuk menarik diri daripada cabaran itu. Bagaimanapun, Lola dan bapanya memutuskan untuk menyambung pendakian sehingga mencapai puncak gunung ke-15 iaitu Foel-fras.

Gary memberitahu pemberita bahawa mereka mengambil keputusan untuk menyertai cabaran itu untuk mengutip dana bagi pusat penjagaan Forest Holme yang pernah merawat datuk dan nenek Lola sebelum pasangan itu meninggal dunia, tahun lalu.

“Lola keletihan selepas beberapa hari pendakian namun, dia tidak pernah berhenti memberi senyuman. Dia kini bercadang untuk menawan puncak gunung Ben Nevis di Scotland,” kata Gary. – Agensi