Ibunya yang tidak didedahkan identitinya berkata, anaknya dibenarkan menggunakan telefon pintarnya itu untuk menyaksikan video-video berunsurkan pendidikan.

Setelah kembali ke rumah, dia mendapati bahawa anaknya telah menekan pad kekunci sejumlah besar kata laluan salah menyebabkan ‘terkunci’ secara automatik selama 25 juta minit atau 48 tahun.

“Saya sememangnya tidak sabar menunggu 48 tahun dan memberitahu kepada cucu bahawa semuanya kesilapan bapa kamu,” seloroh wanita itu.

Secara teori, kejadian yang sama boleh berlaku kepada kebanyakan telefon pintar jika seseorang individu itu menekan kata laluan salah secara berulang kali. – Agensi