Kanak-kanak berkenaan, Jase Hyndman, 7, menulis kirimannya: “Encik Posmen, bolehkah awak hantar kad ini ke syurga sempena hari jadi bapa saya.”

Beberapa hari kemudian, seorang pegawai Royal Mail, Sean Milligan membalas surat itu dengan ucapan: “Ini adalah cabaran yang sukar kerana kami perlu mengelak bintang dan objek galaksi lain untuk menuju ke syurga. Namun, yakinlah surat penting ini telah dihantar.”

Ibu kanak-kanak itu, Teri Copland kemudian memuat naik gambar surat tersebut di Facebook dan ia dikongsi lebih 260,000 kali.

Copland dalam mesejnya di laman sosial itu berkata, dia tidak dapat menggambarkan betapa gembira anaknya mengetahui bapanya telah menerima kad tersebut dan memuji tindakan pegawai Royal Mail berkenaan. – AP