Kanak-kanak itu, Rio Santiago Dolmetsch, 10, membuat penemuan itu ketika mengikuti satu lawatan di Biara La Candelaria dekat sini sebelum melihat bentuk seekor ikan tertanam di dalam seketul batu di kawasan laluan pejalan kaki, kira-kira tiga tahun lalu.

Dia kemudiannya merakam gambar penemuan itu dan menunjukkannya kepada sekumpulan pakar di Pusat Penyelidikan Paleontologi iaitu sebuah muzium yang menjalin kerjasama untuk mengkaji fosil dan melindungi penemuan di wilayah berkenaan.

Kumpulan pakar itu mendapati ia adalah fosil ikan cicak yang pertama kali ditemui di kawasan tropika benua berkenaan, memetik laporan National Geographic.

Fosil itu kemudiannya dinamakan sebagai Candelarhynchus padillai dan ia sedang dikaji oleh sekumpulan penyelidik Universiti Alberta di Edmonton, Kanada. – Agensi