Kanak-kanak perempuan yang tidak didedahkan identitinya terkejut apabila membuka kotak makanan itu ketika waktu rehat di Pusat Pembangunan Kanak-Kanak di Gereja Baptis Tasik Bowen di Inman dekat sini.

“Ini kepunyaan ibu. Saya tidak sepatut menyentuhnya,” kata kanak-kanak itu. Wanita itu dipercayai meletakkan senjata itu di dalam bekas makanan sewaktu menguruskan anak sebelum di hantar ke pusat berkenaan.

Paderi gereja itu, Brad Atkins berkata, senjata itu dikeluarkan dari kotak makanan dan disimpan di satu tempat selamat. Ibu bapa kanak-kanak itu telah dipanggil ke pusat berkenaan sebelum diberikan nasihat dan dipulangkan senjata itu. Kes itu sedang disiasat pihak berkuasa. – Agensi