Jabatan Kesihatan Kanada memberi amaran kepada pengeluar implan tersebut, Allergan bahawa lesen terhadap produk itu akan ditarik balik sekiranya mereka 
tidak mampu mengemukakan bukti baharu menjamin tahap keselamatan implan Biocell keluarannya sebelum 20 April ini.

“Di Kanada, terdapat 28 kes kanser dilaporkan mempunyai kaitan dengan implan payudara dan 24 daripadanya melibatkan implan Biocell yang dikeluarkan Allergan,” kata agensi kerajaan itu.

Perancis mengharamkan jualan implan tersebut pada Khamis lalu setelah produk berkenaan telah menyebabkan pembentukan kanser kepada lebih 450 wanita di seluruh dunia.

Agensi Produk Perubatan dan Kesihatan Perancis (ANSM) mendakwa implan tersebut boleh menyebabkan wanita membentuk limfoma anaplastik sel besar iaitu sejenis kanser sel darah putih. 
– Agensi