Kumpulan penyelidik dari Universiti Cornell di sini dan Universiti Emory di Atlanta menguji minuman jus buah tulen berbanding minuman bergula seperti air berkarbonat yang diminum 13,440 peserta kajian.

“Keputusan yang kami perolehi menunjukkan tahap gula dalam jus buah dan minuman ditambah gula hampir sama tinggi seterusnya memberi kesan serupa terhadap jangka hayat serta tahap kesihatan,” jelas laporan tersebut.

“Walaupun jus buah tulen mempunyai vitamin dan fitonutrien yang tiada dalam minuman manis lain, kandungan asas kedua-dua minuman itu adalah air dan gula. Perbezaannya cuma gula semula jadi dan gula diproses,” tambah laporan itu.

Pasukan penyelidik itu memaklumkan kajian lebih terperinci perlu dijalankan tetapi mereka menegaskan pengambilan secawan 150 mililiter jus buah sehari tidak membawa risiko jangka panjang. – Agensi