Andrew Francis Lippi, 59, disyaki mencuri pembancuh kopi jenis Keurig dan Hamilton Beach, lapan biji mentol dan set cadar berjumlah AS$300 (RM1,240) dari pusat beli-belah Kmart.

Jutawan itu dituduh membeli barangan, mengeluarkan daripada kotak, menukar produk asal kepada barangan lain sebelum memulangkan ‘barangan dibeli’ untuk mendapatkan wang bayaran balik.

Lippi berjaya dihubungi Miami Herald, namun dia menafikan tuduhan itu dan enggan mengulas lanjut.

“Secara asasnya, ia mengenai pertikaian komersial. Ia sangat rumit dan saya tidak akan mengulas lanjut,” katanya.

Jutawan itu didakwa memberitahu polis bahawa dia tidak menukar barangan tersebut. Lippi dibebaskan daripada Pusat Tahanan Pulau Stock dan dijangka hadir ke mahkamah minggu hadapan. – Agensi