Josh Rossi, 22, merakam gambar enam kanak-kanak berusia antara dua hingga sembilan tahun yang menderita akibat penyakit seperti kanser, kudung, memiliki hanya separuh hati dan autisme.

Kesemua mereka dipakaikan kostum bagi watak Wonder Woman, Superman, Batman, The Flash, Cyborg dan Aquaman selain Rossi bertindak menggunakan kesan khas dalam fotografi tersebut.

Salah seorang kanak-kanak, Kayden, 5, yang kudung kedua-dua kakinya bertukar menjadi Cyborg, manakala Teegan, 9, yang dilahirkan dalam keadaan memiliki hati separuh pula mempamerkan aksi sebagai Superman.

“Ketika kali pertama berjumpa, mereka kelihatan sangat lemah, tetapi sebaik dipakaikan kostum, kanak-kanak ini mula tersenyum dan seronok dengan watak yang dipilih,” kata Rossi kepada Mail Online.

Kostum mereka disumbang oleh Julie Whitley, seorang pereka kostum profesional dan sesi fotografi dilakukan pada Ogos lalu dalam tempoh hanya sehari. – AGENSI