Jurugambar separa profesional, Daniel Biber, 53, yang berasal dari Hilzingen, Jerman berkata, dia merakam kejadian berkenaan di Sepanyol selepas melihat beribu-ribu burung dan kegiatan pengakap sepanjang tempoh empat hari berada di negara itu.

Dia berjaya merakam beberapa keping gambar menunjukkan burung-burung berkenaan membentuk seekor burung gergasi ketika menjadi sasaran haiwan pemangsa.

Gambar unik itu melayakkan dia memenangi pertandingan fotografi antarabangsa yang dianjurkan oleh badan pemerhati burung, Vogelwarte Sempbach di Switzerland.

Biber bagaimanapun berkata, dia hanya menyedari gambar unik dan berkualiti tinggi itu ketika melihat semula gambar-gambar di komputer. – Agensi

FORMASI burung gergasi dirakam seorang jurugambar ketika mengambil gambar penghijrahan burung perling.

BIEBER merupakan seorang jurugambar separa profesional dari Jerman.