Sering diumpamakan seperti siri buku dan filem The Hunger Games, PUBG meletakkan pemain menentang antara satu sama lain menggunakan watak yang terdampar di sebuah lokasi terpencil dalam perlawanan sehingga mati.

PUBG juga telah menjadi antara permainan peranti mudah alih paling popular di dunia.

“Permainan video itu mempunyai kesan negatif kepada pemain yang membawa kepada sekatan ke atasnya di negara ini,” jelas satu sumber dalam Pentadbiran Kawal Selia Telekomunikasi Jordan.

Langkah itu menyusul selepas Iraq, Nepal, negeri Gujarat di India serta wilayah Aceh, Indonesia mengharamkan PUBG sebelum ini.

Pada bulan Mei lalu, gergasi teknologi China, Tencent berhenti menawarkan permainan video tersebut kepada orang ramai sebaliknya menghubungkan pelanggan mereka ke program hampir serupa yang syarikat itu cipta dan lancarkan sendiri.

PUBG sangat popular di Jordan sehinggakan beberapa institusi awam terpaksa mengeluarkan amaran supaya kakitangan mereka tidak bermain permai­nan video tersebut. – AFP