AFPJINPING melambai tangan ke arah delegasi selepas dipilih semula
JINPING melambai tangan ke arah delegasi selepas dipilih semula untuk penggal kedua pada Kongres Rakyat Kebangsaan ke-13 di Beijing, China semalam. - AFP

Pelantikan semula Jinping oleh Parti Komunis yang mengawal badan perundangan merupakan satu keputusan yang tidak dapat dinafikan, namun semua mata tertumpu untuk melihat sama ada bekas penguasa antirasuah, Wang Qishan akan menjadi timbalannya.

Jinping menerima tepukan gemuruh selepas memenangi semua 2,970 undi semasa sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan. Pada tahun 2013, Jinping menerima 2,952 undi dengan satu menentang dan tiga lagi tidak mengundi menjadikan keseluruhan 99.86 peratus.

“Saya berjanji untuk setia terhadap perlembagaan Republik Rakyat China,” kata Jinping yang berikrar untuk berjuang membina negara yang kaya, kuat, demokratik dan bertamadun.

Sementara itu, hanya satu de­legasi menentang Qishan yang menerima 2,969 undi.

Kemenangan Qishan, 69, membolehkan Jinping mengekalkan sekutu kuat di sampingnya de­ngan menjadi pemimpin China paling berkuasa sejak Mao Zedong memegang kuasa dan merancang menumpukan perhatian sepanjang hayat.

Qishan berada di barisan hadapan perang antirasuah Jinping de­ngan mengetuai Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin yang menghukum 1.5 juta pegawai-pegawai sejak lima tahun lalu daripada pegawai pangkat rendah hingga pemimpin serantau dan jeneral. Beliau meletak jawatan tahun lalu.

Dikenali di peringkat antarabangsa dalam peranan terdahulu sebagai perunding perdagangan China, Qishan mampu membantu Jinping menangani hubungan yang semakin tegang dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah kebimbangan perang ekonomi yang semakin memuncak, kata penganalisis. – AFP