Seorang penduduk, Mohammed Kuraji memberitahu, dia kembali ke Raqa untuk persiapan majlis keraian, namun berakhir dengan urusan pengebumian apabila sebutir periuk api yang masih aktif meletup sebaik dia me­langkah masuk ke dalam rumah sehingga menyebabkan bapanya terbunuh.

“Ia amat menggerunkan. Letupan itu sangat kuat sehingga menyebabkan saya tidak dapat mendengar,” kata lelaki berusia 26 tahun itu yang turut cedera.

Letupan di rumah Mohammed berlaku ketika bapanya tunduk untuk mengambil senaskah al-Quran.

“Saya terpelanting ke dalam rumah jiran dan sebahagian dinding runtuh lalu menghempap bapa,” kata Mohammed yang kakinya kini dipenuhi skru bagi me­nyambung tulang betis.

Penduduk Raqa kini ter­desak untuk pulang ke rumah masing-masing selepas tentera pemberontak Syria yang disokong Amerika Syarikat berjaya mengusir kumpulan Daesh dari Raqa. – AFP