Misi yang disertai tiga buah kapal itu pulang ke tanah air ketika Tokyo mempersiapkan hujah untuk meneruskan pemburuan paus secara komersial pada persidangan Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC) di Brazil bulan depan.

Semasa misi terbaharu selama 98 hari itu, kapal-kapal berkenaan menangkap sebanyak 43 ekor paus minke dan 134 paus sei, kata Agensi Perikanan Jepun dalam satu kenyataan.

Tekanan antarabangsa supaya Jepun menghentikan pemburuan paus hanya membuatkan ahli-ahli politik konservatif lebih bertekad untuk meneruskan usaha menyambung semula pemburuan komersial.

Ia merupakan isu yang sukar ditemui jalan penyelesaiannya walaupun Jepun mempunyai reputasi sebagai negara yang mengamalkan diplomasi.

Misi terbaharu itu merupakan sebahagian daripada projek selama 12 tahun untuk mempelajari bilangan, corak pemakanan dan biologi paus yang ingin dianalisis oleh Jepun bagi menyokong dakwaan bahawa spesies paus tertentu tidak terancam dan boleh ditangkap untuk dimakan.

Jepun menandatangani penangguhan pemburuan paus tetapi mengeksploitasi kelemahan yang membolehkan paus dibunuh atas nama penyelidikan saintifik. – AFP