Penduduk di Harlech, Gwynedd meraikan perisytiharan tersebut selepas Guinness World Records mengesahkan bahawa Jalan Fordd Pen Llechat itu memiliki tahap kecerunan 37.45 peratus.

Gelaran jalan paling curam sebelum ini menjadi milik Jalan Baldwin di Bunedin, New Zealand dengan kadar kecerunan 35 peratus.

Seorang penduduk tempatan yang giat berkempen bagi mendapatkan pengiktirafan itu, Gwyn Headley berkata: “Saya berasa sangat lega dan gembira. Saya juga berasa kasihan terhadap rakyat New Zealand tetapi lebih curam bermakna lebih curam.”

Biarpun kebanyakan penduduk tinggal di kaki bukit tersebut, farmasi dan pejabat pos terletak di puncak Jalan Fordd Pen Llechat itu.

Headley berkata: Guinness World Records sangat spesifik dalam kriterianya.”

Kriteria untuk rekod tersebut memerlukan jalan berkenaan digunakan oleh penduduk awam, mempunyai permukaan penuh dan mempunyai bangunan di kedua-dua belah jalan. - Agensi