Istana yang digunakan oleh tentera Mesir purba itu dianggarkan beroperasi antara tahun 664 hingga 610 Sebelum Masihi di era Psamtik, iaitu kerajaan terakhir sebelum penaklukan Parsi pada tahun 525 Sebelum Masihi.

Antara artifak yang ditemui di tapak istana tersebut adalah anak panah yang diperbuat daripada besi, pisau belati batu dan patung-patung.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati tapak tersebut mungkin menempatkan dua buah istana, dengan istana utama mempunyai 16 buah menara. Ia dibina di atas tapak satu lagi bangunan yang belum siap.

“Istana yang dibina dari batu-bata itu milik dinasti ke-26 dan merupakan yang tertua dalam sejarah,” kata Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri. - Agensi