Setiap pertambahan ketinggian sebanyak 10 sentimeter bermakna peluang menghidap penyakit itu berkura­ngan 41 peratus dalam kala­ngan lelaki dan 33 peratus untuk wanita, demikian menurut kajian tersebut.

Hasil kajian itu di­siarkan dalam jurnal perubatan, Diabetologia.

Risiko lebih tinggi dalam kalangan individu pendek menghidap diabetes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kan­dungan lemak le­bih tinggi di dalam hati, kata pasukan saintis yang melakukan kajian itu.

Pasukan saintis itu turut melaporkan bahawa individu tinggi memiliki sensitiviti insulin manakala sel khas yang merembes hormon tersebut dalam pankreas mereka juga berfungsi de­ngan lebih baik.

Kajian tersebut di­buat berdasarkan pemantauan perubatan ke atas lebih 16,600 wanita dan hampir 11,000 lelaki berusia antara 40 hingga 65 tahun di Potsdam, Jerman dari tahun 1994 hingga 1998.

“Kajian ini mendapati ketinggian merupakan penanda yang berguna dalam meramal risiko diabetes,” kata pasukan saintis itu.

Kira-kira 420 juta orang di seluruh dunia menderita akibat diabetes pada masa ini manakala angka tersebut dijangka me­ningkat kepada 629 juta menjelang tahun 2045, demikian menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa. – AFP