Seorang pengkaji primat, Iqbal Malik berkata, langkah kawalan populasi itu bagaimanapun berkemungkinan mendatangkan lebih banyak masalah.

“Langkah pemandulan haiwan tidak berbahaya sekiranya dilakukan dengan betul. Bagaimanapun, cara kerja cuai yang dilakukan oleh jabatan hutan untuk memerangkap dan melepaskan monyet-monyet tersebut selain layanan sebelum dan selepas pembedahan boleh menyumbang kepada masalah,” katanya.

Kaedah pemandulan yang digunakan pihak berkuasa adalah dengan memberi haiwan tersebut pil pencegah hamil yang perlu dimakan monyet-monyet tersebut. Pil itu akan dicampurkan ke dalam makanan.

Cara lain yang digunakan adalah dengan menembak monyet dengan senapang dart, namun kedua-dua kaedah berkenaan mempunyai masalah tersendiri.

Penggunaan pil pencegahan tidak semestinya membuahkan hasil kerana ketua kawanan monyet akan menyimpan makanan untuk dirinya sendiri, menjadikan pil-pil tersebut tidak dimakan oleh monyet lain dalam komuniti haiwan tersebut.

Bagi kaedah tembakan dart, ia juga mempunyai peluang tipis untuk berjaya kerana monyet-monyet berkenaan kecil serta pantas.

Lantaran itu, pihak berkuasa di India masih lagi mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi antara monyet dan manusia.

“Secara puratanya, sebanyak 20 kes gigitan monyet dilaporkan berlaku setiap hari,” kata seorang pegawai dari Delhi Selatan. - Agensi