Majlis berkenaan diadakan di Rumah Presiden di ibu negara, mengakhiri pemerintahan bergilir-gilir selama berpuluh tahun antara Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dan Parti Rakyat Pakistan yang digulingkan peme­rintahan tentera.

Imran yang menangis, memakai pakaian tradi­sional sherwani berwarna hitam, tersenyum apabila tersasul beberapa patah perkataan ketika membaca teks angkat sumpah yang diberikan oleh Pre­siden Mamnoon Hussain. Acara tersebut disiarkan secara langsung oleh ste­sen televisyen PTV.

Beliau bersumpah untuk memikul keyakinan dan kesetiaan kepada Pakistan dan menunaikan kewajipannya melaksanakan tugas secara jujur serta sentiasa menjaga kepentingan kedaulatan, integriti, perpaduan, kese­jahteraan dan kemakmuran negara itu.

Bekas pemain kriket berusia 65 tahun itu yang menjadi kapten Pakistan ketika menjuarai Piala Dunia 1992 memenangi 176 undi di Parlimen, menewaskan pesaing Shahbaz Sharif daripada parti PML-N yang mendapat 96 undi sehari sebelum itu.

Di Parlimen, beliau memberi ucapan dan berikrar untuk menahan pegawai-pegawai kerajaan korup yang bertanggungjawab.

Pilihan raya pada 25 Julai lalu menyaksikan partinya, Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan dilabelkan paling kotor dalam Pakistan de­ngan tuduhan tentera cuba bermain kotor dengan menyebelahi Imran.

Pihak tentera dan Imran menafikan dakwaan daripada parti musuh yang melakukan penipuan undi secara terang-terangan.semalam.