Facebook Imej menunjukkan seekor kambing mutan spesies Damsyik
IMEJ menunjukkan seekor kambing mutan spesies
Damsyik yang memiliki bentuk kepala aneh. - FACEBOOK

Satu klip video berdurasi 30 saat menjadi viral di laman sosial apabila menunjukkan mamalia yang dipercayai dari Asia Barat itu mempunyai dahi luas dan kulit berkedut di bawah bahagian dagu.

Rakaman sama juga menunjukkan kambing itu berdiri menggunakan sepasang kaki hadapan untuk memijak pada tiang pagar kandang, manakala kaki belakang diluruskan untuk mengimbangi badan.

Seorang pegawai identifikasi dan penasihat Muzium Sejarah Asli, Florin Feneru menyatakan makhluk aneh itu adalah seekor kambing daripada baka Damsyik.

“Kambing Damsyik juga dikenali sebagai Aleppo, Halep, Baladi, Damascene, Shami atau Chami yang merupakan haiwan ternakan di Syria, Cyprus dan Lebanon. Ia diternak untuk penghasilan susu,” katanya.

Sejumlah pengguna internet memberikan komen berbeza apabila salah seorang daripada mereka mendakwa individu yang memelihara kambing mutan itu bakal mengalami mimpi ngeri.

Bagaimanapun sebilangan yang lain mempertahankan kambing itu dengan menyatakan adalah tidak adil menilai haiwan tersebut mengikut rupa paras. – Agensi