Rainer Schimpf, 51, baru-baru ini berkongsi perasaan bagaimana dia termasuk ke dalam mulut ikan paus itu sebelum diludah keluar haiwan tersebut. Kejadian mengejutkan itu turut dirakam oleh seorang rakannya.

“Sewaktu saya cuba untuk merakamkan gambar ikan jerung menangkap ikan kecil, suasana tiba-tiba menjadi gelap sebelum saya dapat rasakan sedikit tekanan pada bahagian pinggul. Saat itu juga saya sedar seekor ikan paus telah menelan saya tetapi kita tidak boleh panik dalam situasi sedemikian,” katanya kepada rangkaian televisyen Barcroft TV.

Namun, ikan paus tersebut meluahkannya kembali seakan-akan ia tahu sudah tersilap menelan sesuatu yang bukan makanan buruannya.

Menurut Schimpf, kejadian itu berlaku dengan cukup pantas dan satu pengalaman sungguh pelik yang dia tidak mahu berulang lagi.

“Ikan paus bukanlah pemangsa yang memakan manusia dan ini hanyalah kemalangan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, sudah pasti saya tidak mahu melalui saat itu sekali lagi,” jelasnya. – Agensi