Makhluk yang berwarna kelabu dan berbentuk leper itu ditemui terdampar di Pulau Stradbroke Utara di sini pada Rabu lalu.

Penduduk yang tidak dikenali itu berkata, dia terkejut besar apabila terserempak dengan makhluk itu menyebabkan dia tidak melepaskan peluang merakam gambar dan memuat naik di Facebook.

“Ada sesiapa yang mengetahui spesies ikan pelik yang terdampar ini,” tulisnya di bawah kapsyen gambar itu.