Gambar itu dirakam oleh anggota polis dari Jabatan Polis Salisbury di sebatang jalan yang dilitupi salji di sini sebelum memuat naik ke internet dengan nasihat agar pemandu lain berhati-hati ketika memandu ketika cuaca sejuk.

Wanita yang merupakan pemilik kereta itu, Georgia Oak menyatakan: “Ia kereta saya dan ya, saya selamat (dalam kemalangan itu). Tetapi cara ini menyebabkan ibu tahu saya terlibat dalam kemalangan.

“Saya amat hargai cara mereka (polis) tampil membantu dan begitu cepatnya tiba di sana (lokasi kemalangan),” kata Oak yang merupakan seorang pekerja di sebuah hospital berhampiran.

Polis kemudian meminta maaf kerana menyebabkan ibu mangsa mengetahui perkara itu melalui gambar itu dan menyatakan mangsa telah dibantu terlebih dahulu sebelum gambar tersebut dirakam.

Beberapa pengguna internet mengutuk aksi dua anggota polis itu yang mempamerkan senyuman ketika merakam gambar swafoto dan bukannya membantu mangsa. – Agensi