Kebakaran itu melibatkan Hotel Beilong Hotspring Leisure di Harbin, wilayah timur laut Heilongjiang, lapor agensi berita, Xinhua.

“Sekurang-kurangnya 18 ditemui mati dan 19 orang yang cedera telah dikejarkan ke hospital,” kata agensi berita itu yang memetik kenyataan pihak berkuasa.

Beberapa imej yang di­siarkan menerusi badan penyiaran, CCTV menunjukkan dinding hotel itu hangus terbakar, terdapat beberapa struktur besi bengkok dan beberapa bahagian siling turut tergantung.

Mangsa-mangsa yang sedang dirawat di hospital dipercayai akibat menghidu asap toksik selain melecur di beberapa bahagian badan. Pasukan bomba mengambil masa selama tiga jam untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Bagaimanapun, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Pada April lalu, 18 orang terbunuh, manakala lima cedera selepas satu kebakaran berlaku di sebuah karaoke di selatan China. – AFP