Hotel yang dinamakan sebagai The Zed Room itu terletak di kawasan bandar Shoreditch di sini dan ia adalah hasil kerjasama dua firma iaitu Simba dan Cuckooz. Setiap bilik ditawarkan pada harga £190 (RM1,000) untuk penginapan satu malam.

Kumpulan pereka mengambil masa selama sembilan bulan untuk menyiapkan konsep rekaan dalaman bilik dan katil tersebut. Mereka mendakwa penginap akan berasa lebih nyaman dan selamat seolah-olah seperti berada dalam rahim ibu.

Pakar psikologi tidur Simba, Hope Bastine menjelaskan pengenalan reka bentuk itu adalah untuk membantu mengatasi masalah pengunjung hotel yang sukar untuk tidur nyenyak. – Agensi