Gambar gumpalan lutsinar yang ditemui di pesisir Pantai Durras di New South Wales itu telah dihantar ke Pusat Penemuan Marin Pantai Sapphire di Eden untuk dikenal pasti sebelum dikongsi dengan orang ramai.

Makhluk itu kelihatan seperti sejenis obor-obor, cebisan badan sejenis hidupan laut, satu bahagian badan sejenis ikan, ketulan telur dan mungkin juga selendang wanita yang sudah lama berada di dalam laut, kata pengurus pusat marin tersebut, Kerryn Wood.

Seorang pengguna media sosial berpendapat gambar itu kelihatan seperti rambut Trump yang terjatuh ke dalam laut dan Wood bersetuju terdapat sedikit persamaan antara kedua-duanya.

Wood percaya gambar itu adalah cebisan obor-obor blubber yang banyak terdapat di pantai timur Australia dan mungkin terdampar selepas makhluk tersebut menjadi makanan hidupan laut lain. – Agensi