Angka itu dikatakan lebih ba­nyak berbanding tahun 2016 berikutan konflik berpanjangan di negara berkenaan, menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Jumlah itu didedahkan ketika kumpulan militan meningkatkan serangan ke beberapa kawasan bandar berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ogos lalu.

Trump menyatakan bahawa rakyatnya masih boleh mengunjungi Afghanistan secara bebas walaupun pihaknya melancarkan serangan ke atas pembe­rontak selain mengerahkan le­bih banyak anggota tentera dan pesawat tempur.

“Angka itu tidak dapat menggambarkan penderitaan manusia yang mengerikan terhadap penduduk biasa terutama wanita dan kanak-kanak,” kata Ketua Khas PBB ke Afghanistan, Ta­damichi Yamamoto.

Misi Bantuan PBB di Afghanis­tan (UNAMA) melaporkan bahawa kematian orang awam di seluruh negara berkenaan me­ningkat kepada sembilan peratus pada tahun 2017.

“Tahun 2017 merekodkan ang­ka tertinggi kematian orang awam akibat serangan bunuh diri dan serangan rambang di Afghanistan pada tahun itu sahaja,” kata laporan itu.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 605 terbunuh dan 1,690 cedera akibat serangan ber­kenaan. – AFP