Pesakit berumur 42 tahun di Iran bertemu doktor pakar di Universiti Perubatan Sains Teheran di Iran dan memberitahu gusinya terus membengkak sejak enam minggu lalu. Perkara itu dilaporkan dalam Jurnal Perubatan New England.

Pemeriksaan doktor mendapati wanita itu menghidap satu keadaan yang digelar radang gusi strawberi. Lazimnya, gusi yang terus tumbuh di sekeliling gigi dinamakan sebagai hiperplasia gingiva.

Wanita itu pada mulanya dipercayai menghidap hiperplasia gingiva dan keadaan itu berlarutan hingga menjadi radang gusi strawberi. Ia juga boleh tercetus disebabkan kurang penjagaan kesihatan mulut.

Doktor mendapati punca itu disebabkan granulomatosis dengan poliangitis (GPA) iaitu sejenis penyakit jarang ditemui membabitkan sistem imun menyerang pembuluh darah dalam badan.

Pakar perubatan di universiti itu, Dr. Maryam Ghiasi menyatakan pesakit diberi Cyclophosphamide dan prednisolon untuk merawat keadaan itu. Bagaimanapun, pesakit berkenaan tidak kembali untuk rawatan susulan. – Agensi