Fenomena aneh padang pasir diselaputi salji tebal di kawasan itu berlaku selepas suhu di sekitar bandar Zhangye di sini menurun kepada -25 darjah Celsius.

Pelancong-pelancong dilihat mengenakan pakaian tebal ketika mengunjungi kawasan padang pasir itu dan tidak melepaskan peluang merakam pemandangan indah selain menikmati pengalaman berjalan di padang pasir bersalji.

Kawasan seluas 47,000 kilometer persegi itu merangkumi wilayah Gansu, Ningxia dan Inner Mongolia merupakan gurun ketiga terbesar di China selain memiliki bukit pasir paling tinggi di Asia iaitu lebih 500 meter.

Gurun Badain Jaran yang bermaksud tasik misteri dalam bahasa Mongolia mempunyai 140 tasik antara bukit-bukit pasir dan warnanya sering berubah disebabkan oleh alga serta mineral di dalamnya. – Agensi