Dan Royals memuat naik gambar kerosakan pada mulut sendiri di media sosial sebagai peringatan kepada orang ramai mengenai risiko minum minuman bertenaga yang mengandungi sehingga 58 gram gula dalam setiap tin.

Menurut laporan, dia lazimnya meminum lima hingga enam tin minuman bertenaga sehari sehingga doktor memaklumkan mengenai lebihan gula dan bahan kimia termasuk asid amino, vitamin B dan herba telah menyebabkan lidahnya terhakis.

“Siapa minum minuman bertenaga? Ketagih? Anda mungkin perlu berfikir semula. Lihat gambar ini apa yang akan berlaku pada lidah anda. Bayangkan kesan pada organ-organ dalaman badan,” katanya dalam satu paparan di Facebook Get It Off Your Chest.

“Sebelum ini berlaku, saya minum minuman bertenaga dan gosok gigi setiap hari hingga bertemu doktor. Dimaklumkan bahawa bahan kimia dalam minuman itu menyebabkan kejadian ini. Ia memakan lidah anda.”

Royals merupakan rakyat Australia yang menetap di sebuah negara Asia turut mengakui dia seorang perokok tetapi bertegas bahawa kerosakan lidahnya berpunca daripada minuman bertenaga. – Agensi