Hakim Arne Boyer memutuskan bahawa undang-undang bebas di bandar negeri itu yang melarang pekerja negeri bertugas memakai simbol atau pakaian agama secara terbuka lebih dititikberatkan daripada hak kebebasan mengekspresikan agama.

Bagaimanapun, wanita muda itu yang tidak didedahkan identiti secara terbuka dan tidak hadir di pendengaran mahkamah dibenarkan untuk terus mengajar pelajar vokasional yang lebih tua di sekolah menengah awam Berlin.

Keputusan tersebut yang masih tertakluk kepada kemungkinan rayuan dijangka memberi kesan kepada perbahasan lebih luas mengenai isu itu di Jerman, yang mana peraturan-peraturan mengenai pemakaian tudung berbeza-beza di antara 16 negeri persekutuan.

Undang-undang negara Jerman mengharamkan semua penjawat awam menutup muka mereka termasuk pemakaian purdah dan burka, kecuali atas alasan kesihatan dan keselamatan seperti pegawai bomba yang memakai topeng pernafasan.

Namun, tiada pengharaman di seluruh negara terhadap penjawat awam yang memakai tudung dan banyak negeri menimbang tara ketegangan antara kebebasan beragama dan peraturan berkecuali pegawai kerajaan atas dasar kes demi kes. - AFP