“Saya ingin berterima kasih kepada Presiden AS, (Donald) Trump kerana menerajui jalan itu. Keputusan berani beliau memberi kami kekuatan untuk melakukan perkara yang betul,” kata Morales dalam satu ucapan di persidangan dasar tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC).

Guatemala adalah salah satu daripada sekumpulan kecil negara di dunia yang menyokong keputusan Trump pada Disember lalu untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

Guatemala juga menjadi negara pertama selain AS yang menetapkan tarikh untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmuqaddis. Keputusan Trump itu mengubah dasar AS selama beberapa dekad. Ia menimbulkan kemarahan dunia Arab dan sekutu Washington di Barat. – Reuters