“Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya berasa sedih untuk memaklumkan bahawa selepas 94 tahun, bapa kesayangan kami sudah meninggal dunia,” menurut anaknya yang juga bekas Presiden AS, George W. Bush dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.

Bush meninggal dunia selepas beberapa bulan kematian isterinya, Barbara pada April lalu. Pasangan itu berkahwin selama 73 tahun dan mempunyai seramai lima anak dan 17 cucu.

Urusan pengebumian akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat, menurut seorang jurucakap keluarga.

Bekas pemimpin AS itu merupakan penyokong setia dasar-dasar asing turut mengisytiharkan Orde Baru Dunia (NWO) pada tahun 1990 dan mengusir Iraq keluar dari Kuwait. Bagaimanapun, tindakan campur tangan ketenteraan AS di bawah pimpinan Bush menjadi petunjuk awal keadaan huru-hara yang bakal berlaku di Asia Barat.

Bekas juruterbang tempur dan Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu cuma mentadbir selama satu penggal sebagai presiden dan kalah kepada calon Parti Demokrat, Bill Clinton pada tahun 1992. – AFP

GAMBAR fail bertarikh 10 Jun 1999 menunjukkan Bush (kiri) meraikan hari lahir bapanya yang merupakan bekas Presiden Amerika Syarikat, George H. W. Bush di Texas.