Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi tersebut pada awalnya dilaporkan berukuran 7.8 magnitud, berpusat 202 kilometer (km) di timur laut Barra Patuca di Honduras dan 307km di barat daya George Town di Kepulauan Cayman.

Ia adalah sangat cetek iaitu berkedalaman 10km dan tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini. - Reuters