Gegaran dirasakan di seluruh Taiwan, manakala bangunan-ba­ngunan tinggi di Taipei bergo­yang ketika gempa bumi melanda kawasan pesisir pantai di timur laut pulau itu pada waktu subuh.

“Seorang wanita berumur 60 tahun terbunuh di luar Taipei akibat dihempap sebuah almari semasa gempa berlaku,” kata Agensi Bomba Nasional dalam satu kenyataan.

Lebih 1,000 kediaman di sekitar Taipei dan jirannya, Yilan terputus bekalan elektrik, manakala pihak berkuasa kereta api membatalkan beberapa perkhidmatan tren di Yilan, mengakibatkan beribu-ribu penumpang terjejas.

Gempa itu melanda ketika Taiwan berada dalam keadaan berjaga-jaga menjelang ketibaan Taufan Lekima yang dijangka membawa angin kencang dan hujan lebat ke pulau itu hari ini. – AFP