Bagaimanapun, jika anak anda obses dengan dinosaur dan boleh membezakan antara Brachiosauraus dan Diplodocus, ia mungkin petanda kanak-kanak tersebut seorang yang amat bijak, lapor akhbar Mirror.

Ia berikutan keputusan kajian oleh Universiti Indiana dan Universiti Wisconsin mendapati kanak-kanak yang mempunyai minat mendalam terhadap dinosaur juga mempunyai kecerdasan minda lebih tinggi.

Kajian itu bukan sesuatu yang baharu tetapi kembali popular di internet. Ia mendapati kanak-kanak yang mempunyai minat mendalam dalam perkara-perkara seperti dinosaur akan memperoleh banyak manfaat.

Antara faedah yang diperoleh termasuk mereka menjadi lebih tabah, daya perhatian mereka bertambah, manakala kebolehan seperti berfikir secara kompleks dan memproses maklumat turut meningkat. – Agensi