Ahli meteorologi Pusat Ramalan Cuaca NWS di Maryland, Patrick Burk berkata, lebih 113 juta rakyat AS berada di bawah amaran atau nasihat hawa panas bermula dari Lembah Mississippi hingga ke bandar raya Philadelphia, Chicago dan turut meliputi New York, Boston, Baltimore serta Washington D.C.

“Perkataan untuk menceritakan situa­si ini adalah panas,” kata Burke.

Gelombang panas pertama di timur AS itu merekodkan suhu tinggi baharu di Syracuse, New York semalam iaitu mencecah 37 darjah,” kata Burke.

Menurutnya, bandar dari St. Louis hingga ke New York, Chicago dan Boston akan menghampiri suhu 37 darjah Celsius tetapi cuaca lembap akan menyebabkan orang ramai berasa lebih panas.

“Minggu ini akan menjadi minggu panas di mana-mana sahaja di timur AS.

“Penduduk yang berisiko perlu mencari tempat berteduh,” ujarnya.

Cuaca panas itu adalah berbahaya kepada anak kecil, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

NWS juga meramalkan cuaca pada waktu malam di zon berkenaan akan kekal panas. – Reuters