Jenner yang berusia 21 tahun memperoleh sebanyak 18 juta Like pada bulan Februari lalu selepas dia berkongsi gambar anak pertamanya, Stormi Webster di Instagram. Dia kemudian dinobatkan sebagai bintang Instagram No.1 di dunia.

Bagaimanapun, kedudukan itu mula tercabar selepas seorang pengguna laman sosial yang menggunakan akaun World Record Egg mencabar netizen untuk ‘menumbangkan’ Jenner dengan bersenjatakan sebiji telur ayam.

Gambar telur itu yang memperoleh kira-kira 14 juta Like sejak petang kelmarin melonjak naik kepada lebih 40 juta like semalam.

Jenner sebelum ini membintangi siri realiti televisyen iaitu Keeping Up with the Kardashians sejak tahun 2007 dan pengasas serta pemilik syarikat kosmetik Kylie Cosmetics. – Agensi