Klip video berdurasi 38 saat itu menunjukkan kucing berwarna perang gelap mengetuk pintu sebanyak tiga kali dengan menggunakan kaki kiri hadapan.

Selepas itu, mamalia berkenaan duduk di atas belebas tingkap dan menunggu untuk pintu dibuka.

Rakaman oleh seorang pengguna jalan raya, Dan Richardson di kawasan kejiranan Bootle di sini sebelum dimuat naik ke Facebook.

Richardson dari Manchester memberitahu akhbar Liverpool Echo: “Saya berada di dalam kereta dan sempat merakam aksi luar biasa berkenaan menggunakan telefon bimbit selepas terpegun menyaksikan kejadian pertama.”

Klip itu telah ditonton lebih 300,000 kali sejak tular di Facebook. – Agensi