Jabatan Pendidikan berkata, insentif itu bakal menyaksikan guru baharu menikmati kenaikan gaji sehingga £30,000 (RM152,379) setahun menjelang tahun 2022 hingga 2023 sekali gus antara paling kompetitif dalam pasaran pekerjaan untuk graduan.

Bagaimanapun, kesatuan-kesatuan sekerja berkata, kenaikan itu sudah lama tertunda dan perlu bagi menarik lebih ramai graduan menyertai profesion perguruan.

Cadangan itu merupakan pengumuman terkini yang dimaklumkan oleh kerajaan.

Ia dipersetujui selepas banyak sekolah menghadapi masalah kekurangan guru sejak sekian lama.

Menurut laman web kerajaan, Get Into Teaching, gaji minimum guru di England dan Wales tidak termasuk London pada masa ini adalah sebanyak £23,720 (RM121,033) setahun, manakala gaji minimum di kawasan tengah London pula ialah £29,664 (RM151,347). – Agensi