Ketua Pegawai Teknologi Ford, Ken Washington berkata, robot yang dibina dengan kerjasama Agility Robotics tersebut sekali gus menyelesaikan masalah sinonim dengan kenderaan tanpa pemandu iaitu ketiadaan manusia untuk menghantar barangan ke dalam rumah.

Digit berupaya untuk mengangkat barangan berat sehingga 18 kilogram malah boleh berjalan di permukaan tidak rata serta mengembalikan kestabilan tubuhnya sekiranya terlanggar dengan manusia.

Sejurus selesai melakukan tugasnya, Digit akan kembali semula ke van tersebut dan mengambil tempatnya di dalam kenderaan itu.

Digit diprogramkan agar boleh membaca data yang dikumpul oleh van tersebut, sekali gus membantunya keluar dan kembali semula ke kenderaan tanpa pemandu itu dengan mudah.

Antara data yang akan diakses oleh Digit termasuk bentuk muka bumi dan persekitaran di kawasan sasarannya. Van itu dijangka dijual bermula tahun hadapan.

“Bukan semua orang mahu keluar rumah untuk mengambil barangan atau menawarkan perkhidmatan penghantaran. Jika kami boleh membantu mereka dalam hal ini, maka mereka boleh beri perhatian kepada perkara yang lebih penting,” katanya. – Agensi