Syarikat itu, Modern Tiny Living yang berpangkalan di Columbus, AS terlibat dalam penghasilan rumah yang dinamakan sebagai Kokosing iaitu sebuah kediaman kecil di atas badan treler.

Kokosing yang dijual pada harga £60,000 (RM318,560) mempunyai keluasan 23.78 meter persegi dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk televisyen 32 inci serta mesin membasuh dan mengeringkan pakaian.

Kediaman sepanjang 7.3 meter itu juga dilengkapi bilik air moden dan sebuah bilik tidur dengan katil besar di tingkat atas. Rumah Kokosing sesuai untuk didiami dua individu dewasa.

Menurut laporan, Modern Tiny Living dikatakan bersedia menghantar kediaman Kokosing kepada pelanggan-pelanggan di Britain yang menempahnya. 
– Agensi