Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang dan kru, kebanyakannya warga China, semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur selepas melencongkan haluan penerbangannya.

Tiada petunjuk kapal terbang itu ditemui di kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi yang dipilih berdasarkan analisis satelit melibatkan trajektori MH370.

Pencarian di laut itu merupakan yang terbesar dalam sejarah penerbangan. Ia dihentikan pada Januari 2017 tetapi dipercayai akan disambung semula tidak lama lagi.

Firma eksplorasi Ocean Infinity berkata, pihaknya menghantar sebuah kapal penyelidikan ke zon berkenaan di Lautan Hindi dan berharap dapat memuktamadkan perjanjian dengan kerajaan Malaysia untuk memulakan semula pencarian MH370 dalam masa beberapa hari lagi.

“Kami menggerakkan sebuah kapal, Seabed Constructor ke persekitaran zon pencarian berkemungkinan itu.

“Ini bagi menjimatkan masa sekiranya kontrak tersebut diperoleh seperti yang kami harapkan,” kata seorang jurucakap syarikat itu kepada agensi berita AFP.

Kapal penyelidikan Norway itu yang disewa oleh Ocean Infinity belayar dari Afrika Selatan dengan matlamat untuk sampai ke kawasan pencarian tengah bulan ini.

Firma itu mahu memulakan pencarian MH370 berdasarkan konsep tiada penemuan, tiada bayaran, semasa tempoh cuaca baik yang dijangka berterusan antara Januari hingga Februari depan.

Kapal itu membawa beberapa buah kapal selam yang boleh digunakan untuk mencari bangkai pesawat ber­kenaan di dasar laut.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Ab. Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa rundingan dengan Ocean Infinity berada di peringkat akhir: “Mereka tahu kita amat serius untuk menerima tawaran mereka.”

Ocean Infinity merupakan salah satu daripada tiga syarikat yang membuat tawaran untuk menyambung semula pencarian MH370.

Setakat ini, hanya tiga serpihan disahkan berasal daripada MH370 telah ditemui, kesemuanya di tepi pantai di barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang 2 meter dikenali sebagai flaperon. – AFP

SOROTAN video memaparkan mayat seorang lelaki yang membunuh diri ditemui tergantung pada sebatang pokok di hutan Aokigahara, Jepun.

KAPAL SELAM kawalan jauh, Bluefin-21 diturunkan menggunakan kren daripada kapal Australia, Ocean Shield semasa operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi dalam gambar fail pada April 2014.

helikopter digunakan untuk membantu pasukan menyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam sebuah bas yang terjunam dari sebuah lereng di Peru kelmarin.