Perisytiharan itu dibuat oleh Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque III pada 6 Ogos lalu susulan mesyuarat Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Kebangsaan.

Duque berkata, kes demam denggi yang dilaporkan menca­tatkan peningkatan 98 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Wabak denggi pada tahun ini juga mengakibatkan 622 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, rantau Visayas Barat mencatatkan jangkitan denggi terbesar, sebanyak 23,330 kes, manakala tujuh daripada 17 wilayah di negara itu melangkaui peringkat epidemik denggi selama tiga minggu berturut-turut.

Duque pula berkata, kes ke­seluruhan demam denggi di Filipina selama seminggu dari 14 hingga 20 Julai lalu sahaja adalah 10,502 kes, meningkat 71 peratus berbanding tempoh sama pada 2018.

Filipina bertegas mengharamkan vaksin demam denggi pertama di dunia, Dengvaxia yang dihasilkan oleh firma farmaseutikal Perancis, Sanofi Pasteur, susulan kematian berpuluh-puluh kanak-kanak yang merupakan antara 70,000 orang yang diberikan pelalian pada tahun 2016 dan 2017 dalam kempen imunisasi oleh kerajaan. – AFP