Kejadian alam yang menakjubkan itu sering kali menarik kunjungan orang ramai yang berminat untuk menyaksikan sendiri air terjun beku yang dikatakan antara lokasi tercantik di dunia.

Ia turut menyebabkan pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pelancong terpaksa dihentikan buat sementara waktu sejak bulan lalu.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan hempasan air terjun itu berubah wajah apabila air deras itu bertukar menjadi beku dan tidak bergerak.

“Saya tidak pernah melihat keindahan air terjun secara semula jadi ini sepanjang umur saya. Ia amat menakjubkan apabila pergerakan air terhenti gara-gara cuaca sejuk,” kata seorang pelancong.

Bagaimanapun, cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 220 juta penduduk di beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada. – AGENSI